Perubahan pada Google Maps, Routes, dan Places (PENTING)

Untuk perhatian, berkuatkuasa pada 11 Jun 2018 Peta Google telah membuat beberapa perubahan besar dengan cara mereka membenarkan penggunaan Google Maps API, Places dan Routes dimana Google akan mengenakan bayaran pada pembangun.

Ringkasnya, perkara-perkara berikut adalah penting untuk diambil perhatian:
  1. Semua akaun sekarang memerlukan kad kredit yang dipautkan dalam Konsol API Google
  2. Semua pengguna akan mendapat kredit USD 200 secara percuma setiap bulan untuk digunakan dan caj akan dikenakan apabila melebihi kadar tersebut (kadar caj bole dilihat di sini: https://cloud.google.com/maps-platform/pricing/sheet/) .
  3. Pihak NGO boleh memohon diskaun atau geran di sini.
  4. Perubahan ini akan berkuatkuasa pada 11 Jun 2018. Sila ambil perhatian bahawa perubahan yang dinyatakan di atas telah dilaksanakan oleh Google dan ia di luar kawalan kami.
Rujukan:
  1. https://cloud.google.com/maps-platform/user-guide/pricing-changes/#billing-changes
  2. https://cloud.google.com/maps-platform/
  3. https://cloud.google.com/maps-platform/user-guide/

Did you find this article useful?