BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN KELAJUAN UNTUK MENGAKSES LAMAN WEB

1. Mengeluarkan/menghapuskan Plugin atau Add-ons yang tidak berkaitan
Secara umum, anda perlu mengelakkan plugin yang menggunakan banyak  scripts dan style, plugin yang melakukan remote request dan plugin yang melakukan penambahan database query  ke setiap halaman di laman web anda.

2. Memuatnaik Analytics dan Ad Networks Code secara tidak serentak (asynchronously)
Menggunakan Analytics dan Ad Network Code juga boleh menghalang kelajuan laman web terutama jika remote server perlahan atau tidak aktif. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan menetapkan konfigurasi tracking codes kepada asynchronous delivery.

3. Mengaktifkan Expires Headers
Expires Headers akan memaklumkan kepada visitor browser bila untuk meminta fail-fail tertentu daripada server atau daripada browser cache. Sekiranya Expires Header telah dikonfigurasi, oleh itu visitor browser hanya perlu mendapatkan fail tersebut sekali dalam tempoh 1 bulan dan fail tersebut akan disimpan di dalam cache.

4. Mengaktifkan Cache
Dengan mengaktifkan cache pada laman web, akan dapat membantu meningkatkan kelajuannya dengan ketara, dan penyelidikan menunjukkan bahawa dengan menetapkan full cache akan dapat mengurangkan loading time daripada 2.4 detik (seconds) kepada 0.9 detik (seconds).Terdapat pelbagai cara untuk mengaktifkan tetapan Cache. Untuk WordPress anda boleh menggunakan plugin seperti W3 Total Cache, W3 Super Cache dan sebagainya.

5. Menilai Theme/Template pada laman web
Theme/Template yang digunakan pada laman web tersebut haruslah dinilai dari segi  prestasi bagi membantu meningkatkan kelajuan untuk mengakses laman web.

6. Memuatmasuk Google PageSpeed pada server anda
Modul PageSpeed adalah modul open source daripada Google yang dapat membantu mengoptimumkan prestasi kelajuan laman web anda. Ia membuat pengubahsuaian pada pelayan dan fail yang berkaitan.

7. Mengoptimumkan/Mengecikkan saiz imej
Saiz imej yang tidak terlalu besar akan membantu meningkatkan kelajuan untuk mengakses laman web. Oleh itu anda disarankan untuk mengoptimumkan saiz imej yang digunakan di dalam laman web.

8. Gunakan CMS yang bersesuaian
CMS (Content Management System) adalah kerangka atau framework kepada laman web. CMS yang popular seperti WordPress, Drupal terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan mengakses laman web.

Did you find this article useful?